Monday, July 26, 2010

Kad Petrol

Tadi macam biasa aku pergi lah mengisi petrol...
petrol aku pun dah warning bising-bising suruh bagi dia minum...
aku ni memang ada satu penyakit aku memang malas sangat nak keluar awal pagi esok nya nak isi petrol time aku nak pergi kerja..
malas gila aku nak rushing..

Macam biasa isi petrol tempat favorite aku Esso..
sebab kereta aku ni memang mengada!
tamau jenama petrol lain..
serasi bersama katanya...sudah jumpa jodoh katakan..



Nak di jadikan cerita waktu aku nak isi petrol tu lebih kurang 8:30pm..
aku pun turun lah dari kereta pergi ke cashier nak bayar RM30..
ade 3 orang di situ...seorang perempuan dan 2 orang lelaki..
selebihnya ada la customer lain yang berratur sama nak bayar...
tiba lak time aku nak bayar sambil aku hulur duit dan kad pertrol...
"ni yang nak marah ni..ni bukan PETRONAS..ini ESSO!!!"
pehal minah ni?tetiba pulak nak marah-marah aku apahal? sedang aku elok je bersembang dengan lelaki kat sebelah dia...
oh! kau memang mintak maki..
"Bak sini duit tu!! pasal aku silap bagi kad kau nak marah apahal?..Sedar lah sikit, gaji kau pun aku bayar..ni yang aku beli minyak ni aku bayar gaji kau tau tak?!! aku ni customer kau cakap elok-elok lah!!"

terus aku amek duit aku then blah...semua orang dalam kedai tu terdiam sekejap tengok aku mengamuk! mana tak nya suara aku ni memang kuat gila bila dah marah orang..sampaikan orang yang kat luar pam tu pun sebok tengok apa yang jadik kat dalam...serius perempuan tu memang tak kata apa!
padan muka kau! lain kali cakap bersopan sikit...tahu lah kau dah habis shift...tapi jangan lah kau protes sampaikan customer macam aku ni jadi mangsa kau!
sekarang sape jadi mangsa?padan muka kau perempuan bodoh! memang kau saja nak mintak maki dengan aku...
aku dengan geram blah dari esso terus pergi petronas depan esso tu jer..
meluat aku tengok perempuan bodoh macam tu!
macam tu je cara nak mengajar mulut kurang ajar macam tu...

Lagi Sorang Dah Tua

oh! agak lame dah tak update..
ade banyak cerita nk kongsi..
tapi masa tu memang la kejam sampaikan tak ada masa nak berceloteh kat sini...

kali ni aku tak nak post entri pasal aku...
entri kali ni aku khas kan untuk sahabat setia aku sejak dari form 1..
bila ingat balik macam mana aku kenal perempuan ni macam kelakar la plak.
mesti budak ni ingat aku sombong gila..
sampaikan dia pulak yang kena tegur aku dulu..
teguran pertama kali di makmal sains..
kau ingat lg tak?

lepas bila dah berkenal sejak tu la aku bertukar tempat..
dari duduk di belakang sekali dalam kelas terus duduk depan sekali..
itupun duduk belakang dari perempuan ni...
kira dah jumpa lah kawan yang leh masuk ngan jiwa aku..
walaupun pada aku dia ni memang nerd gila!
budak pandai la katakan..
aku sangat jelous dengan dia..
sebab dia mempunyai otak yang sangat bijak...
sangat memberi tumpuan bila cikgu mengajar...
tapi kat umah dia la hantu tv..
esok nak exam sempat lagi tengok tv..
macam exam tu tak ada benda bagi dia...
bila keluar result macam sakit hati plak aku...
macam mahu saja ambik otak dia yang bijak tu ganti ngan otak aku..
leh tak ekin?hehehe...
agaknya orang pandai memang begini kot tak perlu belajar bermati-matian..
esok nak exam harus tengok tv..
result sure gempak..

untuk kawan yang terbaik yang pernah aku ada...
nurul ashikin zulkifly..
aku tak pernah lupa hari jadi kau..
kau lah sahabat aku dunia akhirat..
aku tak pernah tengok muka kau berubah macam monster bila marah....
sikit pun tak pernah tengok...
mahu saja aku buat perkara yang menyakitkan hati kau untuk lihat kau marah walaupun sesaat...
kau memang suka belanja aku..
tak kira wayang ke karok ke...kau memang kawan terbaik!
kau memang suka ajar aku even macam aku ni sengal-sengal ayam lembap nak faham kau tetap sabar nak mengajar aku sampai aku betol-betol faham...
kalau lah aku tak blah dari skola dulu tinggal kan kau mesti aku jadi bijak macam kau kan?sebab aku ada cikgu terbaik!...
pernah sekali aku buat kau betul-betul sakit hati dengan perangai jelik aku kan?
risau juga aku kehilangan sahabat macam kau..
tapi aku tahu kau memang baik berhati mulia...
sebab tu aku sayang kau lebih... :)



Nurul Ashikin Zulkifly..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 24 yea...
walaupun aku tua 3 hari je dari kau.. :)

Wednesday, July 21, 2010

24 dah?

Rase macam baru semalam jer aku melalui zaman kanak-kanak..
men masak - masak, men kawen - kawen, bertepuk tampar ngn kawan, bergadoh pasal berebutkan pemain bola sepak perak Khalid Jamlus, - haish sudah! aku malas nak imbau kenangan silam...
senang cerita aku mahu saja balik zaman aku kecik dulu...
kalau doraemon tu memang wujud, nak saja aku pinjam mesin masa dier...
aku nak balik zaman budak - budak & tak mahu meningkat naik umur dah...
mahu jadi budak selamanya..
best kan?


*besar giler 24 tuh! huh..


kelmarin genap dah umur aku 24..
18 julai 1986 aku dilahirkan...
kejap jer rase...
macam tak percaya lak umur aku dah 24..
orang kata kalau perempuan umur 24 ni memang dah patut kena kahwin dah...
naik rimas pulak aku bila orang asyik sangat suruh aku kahwin cepat!
rilex la weh!
umur aku je dah 24...
tapi jiwa aku masih muda remaja lagi tau...
sebab tu kalau orang duk sebok suruh aku kahwin cepat aku wat rilex jerk..
malas layan!huhu...

manusia ni memang la, bila dah tak ada benda nak tanya macam dah tak ada soalan lain jer nak tanya kan?...
selalunya macam ni la..

kes 1 :- bila perempuan tu tak kahwin - " hepi birthday, semoga cepat kahwin"

kes 2 :- bila dah kahwin - "hepi birthday, cepat-cepat dapat anak ye!"

kes 3 :- sesudah lama berkawin - "semoga cepat dapat cucu!" (selalunya bila dah tahap begini orang pun dah tatau nak cakap apa lagi)

cuba korang tukar sikit soalan...
tak jemu kah di tanya soalan yg sama setiap kali tahun kelahiran kamu?
bosan kot...

kes 1 :- "rilex, xpayah kahwin awal umur masih muda..kita enjoy dulu!" - senyum kamu selebar dunia & tak payah nak sedih2 bila tahu kamu dah semakin tua..tak payah nak risau kedutan di muka..tak perlu juga nak sibuk register menjadi ahli tetap saloon kecantikan..

kes 2:- "laki kau tak nak kahwin lagi 1 ke?" - kawan perempuan kau yang dah kahwin mesti dia hangat punggung punya lah bila dia sudah tahu yang dia semakin tua dan perlu untuk mendapatkan rawatan kecantikan supaya laki dia tak cari perempuan lain.sure kawan kau pasang body punya lah! mengalahkan ank dara..wow! teruja teruna kat luar sana! laki kau jugak yang bangga kan punya isteri secantik fasha sandha..(cantik ke?)

kes 3 :- " semoga cepat g umrah @ haji " - jarang sekali aku mendengar orang berdoa sedemikian pada sahabat mahupun saudara sendiri...mungkin aku tak peka atau mungkin tak ada? ada tak korang dengar? kalau ada pun sangat lah jarang kan? tak semua orang mendoakan kebahagiaan & kebaikan..kenapa? ntah! tanya diri sendri




kepada kawan-kawan,terima kasih lah sebab sudah mendoakan aku...
tak kiralah kau doa apa sekali pun ucapan syukur alhamdulillah...
sekurang nya aku ni masih istimewa buat kamu sebab kamu mengingati hari istimewa setiap tahunku...
terima kasih sahabat...
aku sayang kamu..
muaahhhxx..

Monday, July 12, 2010

Tak Faham!!

Serius memang aku tak berapa nak faham!!..
tak faham dengan beberapa jenis makhluk Tuhan yang bernama LELAKI ni...
hamek kau siap aku bold kan lagi!
aku bengang gila dengan beberapa spesis manusia macam ni..
yang aku maksudkan bukan semua..
mungkin sesetengah saje..
kalau yang terasa tu makna nya kau ada la tu makan cili tadi..haha!

mane tak nya, dah sebelum ni status aku masih SINGLE wah! bukan main lagi kau nak berkawan dengan aku yea...
kalau messsage tu mak ai rajin je kau ye..
daripada kau malas nk ber'message' sampai jari kau sentiasa je melekat dengan handphone..
belum lagi bab kau nk telepon aku...
rajin gila la kau kejutkan bangun subuh...
kunun nya saling nak ingat mengingati...
alahai, sangat sweet..
tapi bila aku dah tukar status in a relationship hamek kau jangan kata kan call, message pun tidak!

hey! kau sendiri pun tahu kan aku dengan kau hanya kawan biasa!
kalau kau sendiri rasa suka kat aku salah kau la sape suruh kau tak bagitau...
sendiri message macam suka...
tapi bila aku dah in relationship kau lupa kan persahabatan tu...
bila aku message tanya khabar berita "hey! lama tak dengar cite?pe bikin?"
"tak ada apa, saja tak nak ganggu awek orang"


aku rasa macam nak pergi jumpa kau dan mencarut depan-depan kau!
hey! apa kau ingat persahabatan kau dengan aku akan terputus bila aku dah ada bf?
apa punya alasan ntah aku tatau...
then, seminggu selepas aku tukar status aku tuh die plak private message aku dekat facebook...
"bulan 9 ni nak pergi merisik"
kunun nya dah jumpa la tu cinta hati dia...
huh! ape motif kau nak bagitau aku kau nak pergi merisik?
aku pun tak heran la..
sebab persahabatan kau macam sampah!
kau tahu tak?!

pelik betul aku dengan orang macam ni..
bila perempuan tu single suka sangat nak berkawan..
bila dah relationship ngn someone dah habis la...
bukan sorang je aku jumpa.
dah banyak orang dah!
huh! biar lah....
sekurang - kurang nya aku tahu kau ni kawan macam sampah!!

Thursday, July 8, 2010

Redha je la

Kenapa lah aku di uji sebegini rupa?
Dia memang ingin menguji aku...
bukan semua orang berhak di uji..
ya! aku salah seorang darinya...
kenapa aku?

Aku redha saja lah..
mungkin bukan itu rezeki aku..
tak apa..aku mengalah dalam redha...
tapi tak bermakna aku mahu jatuh selamanya..
aku mahu bangkit!
bangkit semula membina kejayaan yang sepatutnya milik aku..
aku ada hak!

walaupun pahit untuk aku telan..
aku dah rasa semua tu sebelum ni...
kegagalan kali ke empat ini...
tapi tak apa, selagi aku bernafas selagi tu aku akan tetap meminta dari Nya..
aku tak kan berhenti!

mungkin Dia rindu suara aku tak?...
atau mungkin juga Dia rindu esakan tangis aku...

tapi tak mengapa..
aku redha..

ini semua qada dan qada'..
semua telah tertulis...
siapa aku untuk mengubah?
siapa aku untuk menentang?
hanya sabar mampu aku tanam kan dalam diri..
pasti impian aku akan tercapai juga nanti..
Insya-Allah..