Monday, July 26, 2010

Lagi Sorang Dah Tua

oh! agak lame dah tak update..
ade banyak cerita nk kongsi..
tapi masa tu memang la kejam sampaikan tak ada masa nak berceloteh kat sini...

kali ni aku tak nak post entri pasal aku...
entri kali ni aku khas kan untuk sahabat setia aku sejak dari form 1..
bila ingat balik macam mana aku kenal perempuan ni macam kelakar la plak.
mesti budak ni ingat aku sombong gila..
sampaikan dia pulak yang kena tegur aku dulu..
teguran pertama kali di makmal sains..
kau ingat lg tak?

lepas bila dah berkenal sejak tu la aku bertukar tempat..
dari duduk di belakang sekali dalam kelas terus duduk depan sekali..
itupun duduk belakang dari perempuan ni...
kira dah jumpa lah kawan yang leh masuk ngan jiwa aku..
walaupun pada aku dia ni memang nerd gila!
budak pandai la katakan..
aku sangat jelous dengan dia..
sebab dia mempunyai otak yang sangat bijak...
sangat memberi tumpuan bila cikgu mengajar...
tapi kat umah dia la hantu tv..
esok nak exam sempat lagi tengok tv..
macam exam tu tak ada benda bagi dia...
bila keluar result macam sakit hati plak aku...
macam mahu saja ambik otak dia yang bijak tu ganti ngan otak aku..
leh tak ekin?hehehe...
agaknya orang pandai memang begini kot tak perlu belajar bermati-matian..
esok nak exam harus tengok tv..
result sure gempak..

untuk kawan yang terbaik yang pernah aku ada...
nurul ashikin zulkifly..
aku tak pernah lupa hari jadi kau..
kau lah sahabat aku dunia akhirat..
aku tak pernah tengok muka kau berubah macam monster bila marah....
sikit pun tak pernah tengok...
mahu saja aku buat perkara yang menyakitkan hati kau untuk lihat kau marah walaupun sesaat...
kau memang suka belanja aku..
tak kira wayang ke karok ke...kau memang kawan terbaik!
kau memang suka ajar aku even macam aku ni sengal-sengal ayam lembap nak faham kau tetap sabar nak mengajar aku sampai aku betol-betol faham...
kalau lah aku tak blah dari skola dulu tinggal kan kau mesti aku jadi bijak macam kau kan?sebab aku ada cikgu terbaik!...
pernah sekali aku buat kau betul-betul sakit hati dengan perangai jelik aku kan?
risau juga aku kehilangan sahabat macam kau..
tapi aku tahu kau memang baik berhati mulia...
sebab tu aku sayang kau lebih... :)



Nurul Ashikin Zulkifly..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 24 yea...
walaupun aku tua 3 hari je dari kau.. :)

2 comments: