Monday, August 2, 2010

Kau sorang je serabut?

Kadang - kadang aku terfikir aku ni terlalu baik kah untuk kawan - kawan aku?
sampaikan diri aku di perkotak katik kan?
sehingga menjadi bahan di status facebook mereka?

mahu saja aku berhenti berbuat baik dengan orang...
untuk apa aku terusan berbuat baik dengan orang sedangkan ini yang kau balas pada aku?
kau jadikan aku bahan ketawa, sindiran di status facebook kau supaya kawan-kawan kau yang yang turut sama comment dan amek berat pasal kau!
kau sendiri tahu status tu bukan untuk kau!!!!
tapi untuk aku kan?
kau sendiri juga dah comment kemudian kau delete balik!!!
dengan harapan aku belum baca comment kau!!!

aku ni bukan lah jenis suka sangat menjaja kisah peribadi aku...
tapi bila kau tu aku ingatkan kau adalah kawan aku yang boleh meringan kan beban masalah aku dengan ikhlas hati kau lah kawan terbaik aku yang boleh aku berkongsi masalah...
kau dah korek cerita aku then kau pergi jaja kisah aku kat status kau!!!
plus kau reply aku plak yang poyo???
ouuhhh!!! tak pe la kawan...aku sudah tahu kau siapa...

bila kau ada masalah aku ni lah tempat kau mengadu...
bila kau ada masalah je aku lah yang kau cari...
bila kau nak mintak tolong aku lah yang mesti kau cari...
bila kau nak menangis aku lah tempat kau luahkan kesedihan kau even dalam hati aku buruk nye lelaki menangis...tapi tak pe, kau kawan aku...aku tak kisah rupa huduh kau tu sbb kau kawan aku..

tapi bila baru satu masalah aku ceritakan masalah aku dekat kau....
wahhhh!!! kecoh satu dunia kau jaja kisah aku..
itu pun sebab kau pandai nak korek dari aku...
kunun nya apa guna sahabat macam kau kalau tak kongsi masalah...
manis ayat kau yea?

semalam kau mesagge aku kau sedang serabut?
fuck kau!! sunnguh aku tak mahu reply kau!!!
pergi kau dengan masalah kau!
aku dah tak mahu ambik tahu pasal kau lagi!!

Monday, July 26, 2010

Kad Petrol

Tadi macam biasa aku pergi lah mengisi petrol...
petrol aku pun dah warning bising-bising suruh bagi dia minum...
aku ni memang ada satu penyakit aku memang malas sangat nak keluar awal pagi esok nya nak isi petrol time aku nak pergi kerja..
malas gila aku nak rushing..

Macam biasa isi petrol tempat favorite aku Esso..
sebab kereta aku ni memang mengada!
tamau jenama petrol lain..
serasi bersama katanya...sudah jumpa jodoh katakan..



Nak di jadikan cerita waktu aku nak isi petrol tu lebih kurang 8:30pm..
aku pun turun lah dari kereta pergi ke cashier nak bayar RM30..
ade 3 orang di situ...seorang perempuan dan 2 orang lelaki..
selebihnya ada la customer lain yang berratur sama nak bayar...
tiba lak time aku nak bayar sambil aku hulur duit dan kad pertrol...
"ni yang nak marah ni..ni bukan PETRONAS..ini ESSO!!!"
pehal minah ni?tetiba pulak nak marah-marah aku apahal? sedang aku elok je bersembang dengan lelaki kat sebelah dia...
oh! kau memang mintak maki..
"Bak sini duit tu!! pasal aku silap bagi kad kau nak marah apahal?..Sedar lah sikit, gaji kau pun aku bayar..ni yang aku beli minyak ni aku bayar gaji kau tau tak?!! aku ni customer kau cakap elok-elok lah!!"

terus aku amek duit aku then blah...semua orang dalam kedai tu terdiam sekejap tengok aku mengamuk! mana tak nya suara aku ni memang kuat gila bila dah marah orang..sampaikan orang yang kat luar pam tu pun sebok tengok apa yang jadik kat dalam...serius perempuan tu memang tak kata apa!
padan muka kau! lain kali cakap bersopan sikit...tahu lah kau dah habis shift...tapi jangan lah kau protes sampaikan customer macam aku ni jadi mangsa kau!
sekarang sape jadi mangsa?padan muka kau perempuan bodoh! memang kau saja nak mintak maki dengan aku...
aku dengan geram blah dari esso terus pergi petronas depan esso tu jer..
meluat aku tengok perempuan bodoh macam tu!
macam tu je cara nak mengajar mulut kurang ajar macam tu...

Lagi Sorang Dah Tua

oh! agak lame dah tak update..
ade banyak cerita nk kongsi..
tapi masa tu memang la kejam sampaikan tak ada masa nak berceloteh kat sini...

kali ni aku tak nak post entri pasal aku...
entri kali ni aku khas kan untuk sahabat setia aku sejak dari form 1..
bila ingat balik macam mana aku kenal perempuan ni macam kelakar la plak.
mesti budak ni ingat aku sombong gila..
sampaikan dia pulak yang kena tegur aku dulu..
teguran pertama kali di makmal sains..
kau ingat lg tak?

lepas bila dah berkenal sejak tu la aku bertukar tempat..
dari duduk di belakang sekali dalam kelas terus duduk depan sekali..
itupun duduk belakang dari perempuan ni...
kira dah jumpa lah kawan yang leh masuk ngan jiwa aku..
walaupun pada aku dia ni memang nerd gila!
budak pandai la katakan..
aku sangat jelous dengan dia..
sebab dia mempunyai otak yang sangat bijak...
sangat memberi tumpuan bila cikgu mengajar...
tapi kat umah dia la hantu tv..
esok nak exam sempat lagi tengok tv..
macam exam tu tak ada benda bagi dia...
bila keluar result macam sakit hati plak aku...
macam mahu saja ambik otak dia yang bijak tu ganti ngan otak aku..
leh tak ekin?hehehe...
agaknya orang pandai memang begini kot tak perlu belajar bermati-matian..
esok nak exam harus tengok tv..
result sure gempak..

untuk kawan yang terbaik yang pernah aku ada...
nurul ashikin zulkifly..
aku tak pernah lupa hari jadi kau..
kau lah sahabat aku dunia akhirat..
aku tak pernah tengok muka kau berubah macam monster bila marah....
sikit pun tak pernah tengok...
mahu saja aku buat perkara yang menyakitkan hati kau untuk lihat kau marah walaupun sesaat...
kau memang suka belanja aku..
tak kira wayang ke karok ke...kau memang kawan terbaik!
kau memang suka ajar aku even macam aku ni sengal-sengal ayam lembap nak faham kau tetap sabar nak mengajar aku sampai aku betol-betol faham...
kalau lah aku tak blah dari skola dulu tinggal kan kau mesti aku jadi bijak macam kau kan?sebab aku ada cikgu terbaik!...
pernah sekali aku buat kau betul-betul sakit hati dengan perangai jelik aku kan?
risau juga aku kehilangan sahabat macam kau..
tapi aku tahu kau memang baik berhati mulia...
sebab tu aku sayang kau lebih... :)



Nurul Ashikin Zulkifly..
Selamat Ulangtahun Kelahiran ke 24 yea...
walaupun aku tua 3 hari je dari kau.. :)

Wednesday, July 21, 2010

24 dah?

Rase macam baru semalam jer aku melalui zaman kanak-kanak..
men masak - masak, men kawen - kawen, bertepuk tampar ngn kawan, bergadoh pasal berebutkan pemain bola sepak perak Khalid Jamlus, - haish sudah! aku malas nak imbau kenangan silam...
senang cerita aku mahu saja balik zaman aku kecik dulu...
kalau doraemon tu memang wujud, nak saja aku pinjam mesin masa dier...
aku nak balik zaman budak - budak & tak mahu meningkat naik umur dah...
mahu jadi budak selamanya..
best kan?


*besar giler 24 tuh! huh..


kelmarin genap dah umur aku 24..
18 julai 1986 aku dilahirkan...
kejap jer rase...
macam tak percaya lak umur aku dah 24..
orang kata kalau perempuan umur 24 ni memang dah patut kena kahwin dah...
naik rimas pulak aku bila orang asyik sangat suruh aku kahwin cepat!
rilex la weh!
umur aku je dah 24...
tapi jiwa aku masih muda remaja lagi tau...
sebab tu kalau orang duk sebok suruh aku kahwin cepat aku wat rilex jerk..
malas layan!huhu...

manusia ni memang la, bila dah tak ada benda nak tanya macam dah tak ada soalan lain jer nak tanya kan?...
selalunya macam ni la..

kes 1 :- bila perempuan tu tak kahwin - " hepi birthday, semoga cepat kahwin"

kes 2 :- bila dah kahwin - "hepi birthday, cepat-cepat dapat anak ye!"

kes 3 :- sesudah lama berkawin - "semoga cepat dapat cucu!" (selalunya bila dah tahap begini orang pun dah tatau nak cakap apa lagi)

cuba korang tukar sikit soalan...
tak jemu kah di tanya soalan yg sama setiap kali tahun kelahiran kamu?
bosan kot...

kes 1 :- "rilex, xpayah kahwin awal umur masih muda..kita enjoy dulu!" - senyum kamu selebar dunia & tak payah nak sedih2 bila tahu kamu dah semakin tua..tak payah nak risau kedutan di muka..tak perlu juga nak sibuk register menjadi ahli tetap saloon kecantikan..

kes 2:- "laki kau tak nak kahwin lagi 1 ke?" - kawan perempuan kau yang dah kahwin mesti dia hangat punggung punya lah bila dia sudah tahu yang dia semakin tua dan perlu untuk mendapatkan rawatan kecantikan supaya laki dia tak cari perempuan lain.sure kawan kau pasang body punya lah! mengalahkan ank dara..wow! teruja teruna kat luar sana! laki kau jugak yang bangga kan punya isteri secantik fasha sandha..(cantik ke?)

kes 3 :- " semoga cepat g umrah @ haji " - jarang sekali aku mendengar orang berdoa sedemikian pada sahabat mahupun saudara sendiri...mungkin aku tak peka atau mungkin tak ada? ada tak korang dengar? kalau ada pun sangat lah jarang kan? tak semua orang mendoakan kebahagiaan & kebaikan..kenapa? ntah! tanya diri sendri




kepada kawan-kawan,terima kasih lah sebab sudah mendoakan aku...
tak kiralah kau doa apa sekali pun ucapan syukur alhamdulillah...
sekurang nya aku ni masih istimewa buat kamu sebab kamu mengingati hari istimewa setiap tahunku...
terima kasih sahabat...
aku sayang kamu..
muaahhhxx..

Monday, July 12, 2010

Tak Faham!!

Serius memang aku tak berapa nak faham!!..
tak faham dengan beberapa jenis makhluk Tuhan yang bernama LELAKI ni...
hamek kau siap aku bold kan lagi!
aku bengang gila dengan beberapa spesis manusia macam ni..
yang aku maksudkan bukan semua..
mungkin sesetengah saje..
kalau yang terasa tu makna nya kau ada la tu makan cili tadi..haha!

mane tak nya, dah sebelum ni status aku masih SINGLE wah! bukan main lagi kau nak berkawan dengan aku yea...
kalau messsage tu mak ai rajin je kau ye..
daripada kau malas nk ber'message' sampai jari kau sentiasa je melekat dengan handphone..
belum lagi bab kau nk telepon aku...
rajin gila la kau kejutkan bangun subuh...
kunun nya saling nak ingat mengingati...
alahai, sangat sweet..
tapi bila aku dah tukar status in a relationship hamek kau jangan kata kan call, message pun tidak!

hey! kau sendiri pun tahu kan aku dengan kau hanya kawan biasa!
kalau kau sendiri rasa suka kat aku salah kau la sape suruh kau tak bagitau...
sendiri message macam suka...
tapi bila aku dah in relationship kau lupa kan persahabatan tu...
bila aku message tanya khabar berita "hey! lama tak dengar cite?pe bikin?"
"tak ada apa, saja tak nak ganggu awek orang"


aku rasa macam nak pergi jumpa kau dan mencarut depan-depan kau!
hey! apa kau ingat persahabatan kau dengan aku akan terputus bila aku dah ada bf?
apa punya alasan ntah aku tatau...
then, seminggu selepas aku tukar status aku tuh die plak private message aku dekat facebook...
"bulan 9 ni nak pergi merisik"
kunun nya dah jumpa la tu cinta hati dia...
huh! ape motif kau nak bagitau aku kau nak pergi merisik?
aku pun tak heran la..
sebab persahabatan kau macam sampah!
kau tahu tak?!

pelik betul aku dengan orang macam ni..
bila perempuan tu single suka sangat nak berkawan..
bila dah relationship ngn someone dah habis la...
bukan sorang je aku jumpa.
dah banyak orang dah!
huh! biar lah....
sekurang - kurang nya aku tahu kau ni kawan macam sampah!!

Thursday, July 8, 2010

Redha je la

Kenapa lah aku di uji sebegini rupa?
Dia memang ingin menguji aku...
bukan semua orang berhak di uji..
ya! aku salah seorang darinya...
kenapa aku?

Aku redha saja lah..
mungkin bukan itu rezeki aku..
tak apa..aku mengalah dalam redha...
tapi tak bermakna aku mahu jatuh selamanya..
aku mahu bangkit!
bangkit semula membina kejayaan yang sepatutnya milik aku..
aku ada hak!

walaupun pahit untuk aku telan..
aku dah rasa semua tu sebelum ni...
kegagalan kali ke empat ini...
tapi tak apa, selagi aku bernafas selagi tu aku akan tetap meminta dari Nya..
aku tak kan berhenti!

mungkin Dia rindu suara aku tak?...
atau mungkin juga Dia rindu esakan tangis aku...

tapi tak mengapa..
aku redha..

ini semua qada dan qada'..
semua telah tertulis...
siapa aku untuk mengubah?
siapa aku untuk menentang?
hanya sabar mampu aku tanam kan dalam diri..
pasti impian aku akan tercapai juga nanti..
Insya-Allah..

Tuesday, June 29, 2010

woah! tak sabar ler..

Tak sabarnya aku nak tunggu rabu depan...
7 Julai 2010...
hari yang mungkin akan merubah kehidupan aku yang mendatang...
ouh! harap ia menjadi milik aku...
moga ia nya adalah hadiah hari jadi yang terbaik untuk aku..weee~
tak sabarnya...
cepat lah masa berlalu...
amin~

Saturday, June 26, 2010

CIMB

Salam..

Bila bercakap pasal CIMB ni rasanya korang pernah kan tengok CIMB ni..kan?
kat tempat korang ada tak?
kat ipoh ni rasanya boleh di bilang je dengan jari..berapa sangat lah CIMB kat ipoh nih...
tak macam Maybank, selang 2km mesti ada je Maybank kat ipoh nih...
terlalu banyak, tapi service ntah macam hape jer!
tak tahu lah kenapa CIMB ni tak banyak branch...
kepada Director CIMB please la do something yang boleh bank korang setanding macam Maybank yang selang nya 2km jarak nya..
so kalau boleh wat la CIMB selang 1km ker..hahaha! -merepek-

Dulu saya pernah juga secara tidak lansung terlibat juga dalam bidang per'bank'kan nih..saya pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat swasta yang merupakan agen kepada sesebuah bank yang mana hanya fokus kepada credit card market sahaja..
teringat pula pada ex-boss saya seorang lelaki punjabi (Mr.H) yang selalau sangat wat lawak pasal CIMB dia tu...sampaikan rasanya dah muak lah dengan lawak tu..
tapi tu la senjata utama dia nak tarik customer untuk apply credit card..
kalau dia turun padang habis la kami ni makan asap la jawabnya...dapat telur je la hari tu..

korang tahu tak makna CIMB tu?
haha..bukan CIMB bank tu la..cepat - cepat kaurang buka wikipedia maksud yea?hehehe
hey! bukan itu lah..CIMB tu kalau mengikut kamus lawak Mr.H ni ialah Cina India Melayu Banggali..
so, bila dah kena selit lawak CIMB ni customer tak ragu - ragu lah nak apply..
seumpama mereka ni macam dah terpesong sikit akidah mereka bila cerita pasal CIMB...
confirm sign up la..hehe


tempat keje saya sekarang ni majoriti nya adalah M...
kalau tempat keje dahulu, memang CIMB betul lah..
banyak parti ada..ada PAS, MCA, MIC la macam - macam.
macam Najib kata la 1 Malaysia..
memang best sangat bekerja CIMB nih..
banyak pengalaman & persekitaran hidup boleh belajar...
lain lah macam sekarang nih yang semuanya dikelilingi M..
kalau nak nampak I atau C atau B memang lah sangat kurang...
M ni pulak kebanyakan nya kelulusan PhD...
tak boleh tengok orang lain naik sikit mula lah..
ada saja cerita yang tak enak timbul..
lain hal nya dengan CIMB...
kalau kau jatuh mereka akan tolong hulurkan tangan untuk kau bangun..
sifat permufakatan tu sangat jelas!

mungkin ada juga yang tak berapa nak setuju kan?
suka hati korang lah..
mana yang pernah bercampur dengan CIMB ni korang tahu kan macam mana persekitaran kerja?
tapi pada saya lah saya lebih suka bekerja CIMB...
majmuk! 1 Malaysia lah katakan..
orang PhD pun tak ada tau!
kalau ada pun PhD yang secara sihat!
semangat persaingan yang sangat tinggi...
sentiasa berlumba-lumba mahukan yang terbaik..
macam tu lah baru di katakan kerja..
bukannya dengan hanya berpeluk tubuh melihat kejayaan orang lain dan mereka cerita yang bukan-bukan...
geram kan bila ada orang lain cuba nak menjatuh kan kita kan?
pada saya, lantak lah mereka nak fikir kan apa pasal saya,
janji saya tak kacau hidup mereka dan buat kerja saya dengan sebaik nya sudah!
bukannya mereka yang bayar gaji saya!
so get lost loser..mereka ni hanya lah loser yang tak boleh tengok kejayaan orang lain..
blaahhh!

nota kaki : bila lah kita nak maju kalau kita masih ada sifat sebigini?

Tuesday, June 22, 2010

Hari - hari yang makin stress

Macam mengada sangat kan sebab baru je pagi tadi post entri kan?ehehehe...
ah! lantak lah..this is my blog.
so, sape tak nak baca just klik je pangkah kat atas tu - mula nak sebak ni

haih, rasanya minggu ni macam minggu stress la pulak..
dah la semalam terasa sangat la stress..
dengan kerja yang perlu harus disiapkan mengikut date line..
mane sempat encik Shah..
haiyoo, kenapa la saya dapat bos yang suka membuli nih..
macam tak berhati perut je kau kan Shah..
ehehe..jangan salah anggap bos saya ni tua bape tahun je..sebab tu saya boleh sekepala dengan dia..
huh! tapi dalam sekepala pun dia memang suka membuli..

sempat juga la saya update status di facebook..
ya! konon nya nak meraih simpati la kan?
oh! serius la time tu memang tersangat la stress nya..
tak percaya? nah tengok..


ouh! rasanya mahu saja saya nak berhenti dari kerja saya nih..
macam tak mampu pula nak teruskan kerjaya seperti ini...
ada job lain tak kaurang nk bagi?
kalau boleh tak mahu la yang ada kaitan dengan kerjaya sekarang.. huhu
anyone?

Relevan Kah?

Masih ada lagi orang yang mencari jodoh dari risikan orang tua..
relevan kah?

contoh nya macam ni..
kau ni tak kira lah laki atau perempuan yang mungkin umur kau dah sepatutnya mendirikan rumah tangga tapi sampai sekarang tak ada petunjuk lagi yang kau akan tamat kan zaman bujang kau..
jangan kan nak kahwin, sedangkan pasangan kau pun tak ada...
bila umur pun dah semakin lanjut, mula lah ibu bapa kau menggelabah bila la anak aku ni nak kahwin..terutama pada ibu kan?
mereka lah yang lebih risau tentang kau...
padahal kau wat selumber taik jer...



haaa...ada sesiapa tak yang dalam sitasi ini?
mesti ada kan?
sudah kau jangan nak tipu!.
mengaku sajalah..

hukhuk..saya memang pun dalam situasi macam ni..
eh hello! kau jangan pikir saya anak dara tua pula yer..
bak kata wali band "ku tak laku-laku"..
eh! silap "ku tak mahu-mahu" - sesuka saya je nak ubah lirik kan?
haha..tak ada makna dalam kamus hidup saya...
cuma saya je yang tak nak..

hey! saya masih 24 tahun okey!
still masih muda (cewah! muda ke?padahal kawan sebaya kau sume dah kahwin dan beranak sudah T T) - ala biarlah dah rezeki dorang kahwin awal (alasan loser)
oh tidak!

ok berbalik pada tajuk, relevan ke tak kalau kaurang nak bersatu hati dengan seseorang yang kaurang tak kenal?yang kaurang tak kenal hati budi nya..yang kaurang rasa macam boleh ke nak suke / sayang dia nih macam kaurang sayang pada ex kaurang?haaa jawab ler? - sudah tentu la bagi saya tidak!
nape plak cik terompah merah? - sebab nyer saya tak kenal dia dan saya rasa macam saya tak boleh nak sayang dia..tapi kasihan kan dia?
kenapa pula nak kasihan? - sebab dia sayang saya kot...maybe..errr??entah!

alaaa...macam susah jer bagi saya untuk semua ni..
saya dah cuba untuk mengenali dia - kami masih lagi dalam proses perkenalan
macam susah jer saya nak terima dia...
ke saya masih lagi sayang kat ex saya??
eh-eh ape nih?janji kata nak lupa kisah lama kan? - ngeeee..maaf!

untuk kaurang, ada tak tips untuk saya?
pada yang dah kahwin hasil daripada usaha penyatuan orang tua macam mana la ye?
orang tua kata bercinta selepas kahwin lagi nikmat daripada bercinta sebelum nya..
betul kah?
jom kongsi sikit..mana tahu saya boleh adaptasi daripada pengalaman kaurang...hehehe :)

Sunday, June 20, 2010

malam ni memang saya sangat emo!!!

Salam..

Malam ni serius saya rasa macam nak menjerit, nak menangis segala macam yang menampakkan macam orang gila!
kalau boleh macam nak tiru gaya macam orang yang tinggal kat hosp. tanjung rambutan tu.leh masuk sana..tinggal dengan orang-orang kat sana...

best ape tinggal kat situ? semua makan pakai semua cukup..semua muka gembira saje macam tak ada masalah..plus,ada pulak orang yang tolong jaga kan kau..kau nak menjerit, melalak, mengilai macam pontianak tak ada siapa nak marah kan kau...lantak lah kau nak buat apa.
malah orang yang mungkin kau tak biasa tengok mungkin mereka akan senyum melihat kau...
dorang suka kot..nak mengorat kau lah tu senyum-senyum saje kat kau...teheeee

nape la ngan saya malam ni?
period kah? - bukan lah..
bf ade gf lain? - lagi lah bukan..
kucing mati la tu - pun bukan jugak
kalau dah semua nya bukan habis tu apa?

ah! malas saya nak bagitau...
biarlah deruan ombak menjadi saksi airmata saya.. (T-T)

nota kaki : gila apa nk gi pantai malam2 cam ni??hukhuk..

Thursday, June 17, 2010

Hurm..

There is someone who care about me more than him...

Tuesday, June 15, 2010

Bila Cinta

Masih lagi dalam mood cinta..
walaupun cinta macam tak ada...haha!

ok jom layan jap lagu tema LBS ni...
serius menangis..sob3! T T




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu
disetiap doaku
bangkitkan setiap
kenangan tentangmu
yangku dapat
hanyalah bayangmu

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hinggaku memilih
Cinta yang fana

Uuu…

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
.....
Dalam harapan ...uuuu


p/s: suke lagi version lelaki nyer..sangat touch

Monday, June 14, 2010

Bila Bicara Tentang CINTA

Kamu pernah jatuh cinta?
jika mahu dihuraikan maksud cinta sudah pasti sampai kiamat pun tak akan habis..
saya pernah jatuh cinta..
6 tahun dahulu...
mengenal cinta pertama pada usia 18 tahun (sebab masa tu baru dpt kebebasan dr parent utk bercinta..sb time skola da kene warning awal2..jgn bercinta! tp kebebasan tu pun tak lah sepenuhnya..tp still tak boleh jgk bercinta..huhu-degil!)
bercinta dengan seorang lelaki yg pada masa itu berumur 25 semamangnya sangat di idamkan..ya! dia sangat matang!

5 tahun bercinta..
5 tahun kami di jarak kan - bermacam dugaan bila cinta berjauhan..pasti banyak masa kerugian..(tak dapat dating selalu macam copule lain)

tidak tahu di mana silap nya kami berpisah, secara rasmi pada Januari 2010 (haribulan tak ingat ler) bila dia hanya message di Facebook sahaja..itu pun saya yang comment setelah status relationship dia bertukar engaged..kalau tak...sampai sekarang pun sy tak tahu...

kami mulai renggang sejak 3 tahun yang lepas bila mana saya sudah bekerja ketika itu..
oh! kerja saya memang amat sangat menyibukkan..
mungkin dalam tak sedar saya dah mengabaikan dia..
tapi bila saya sudah belajar balik kami still dapat merapatkan balik kerenggangan dulu..
saya ingat lagi kali terakhir jumpa dia bulan 6 tahun 2008..
tak sangka pula itu kali terakhir kami berjumpa..

agak complicated kan nak memahami plot cerita cinta saya?
memang! saya sendiri pun keliru hendak memaham kan nya...
2 tahun saya sendiri..
masih lagi tidak dapat melupakan dia..
kenapa?
dia cinta pertama saya ok!
masih belum lagi bertemu cinta seterusnya...
ntah! saya belum bersedia..takut dikeciwa lagi.

p/s : dia dah pun berkahwin semalam..warna kegemaran kami - hijau!

Thursday, June 10, 2010

Untuk Apa Segulung Ijazah?

Semalam, saya melepak dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa..
hampir 5 tahun kot dah tak jumpa..
pelbagai cerita lama & baru yang mahu di gosipkan bersama..
biasalah, bila berjumpa dengan rakan yang sekepala pasti banyak cerita mahu di kongsikan..
apatah lagi menyingkap semula cerita sewaktu alam persekolahan..
memang seronok kan?

tapi bukan itu yang hendak saya bicarakan dalam entri ini..
bila sudah berkumpul ramai ni ada juga la pertanyaan 'eh! kau dulu amek course ape eh?'
'aku amek course bla..bla..bla..'
'erk! tp kau kan kerja.....?'
'aku sekadar mahu dapatkan kertas itu sahaja.supaya aku dapat gred gaji tinggi..haha'
diam hati aku mendengar...

saya tidak menafikan sehelai kertas itu lah yang membawa kepada kejayaan pada karier kamu kelak..
tapi mengapa ada siswazah yang belajar dengan hanya mempunyai niat hanya target untuk dapatkan sehelai kertas itu..
dengan harapan akan dapat kertas itu dan kemudian mencari pekerjaan yang mungkin senang untuk mereka dapat dan seterusnya pekerjaan yang mereka lakukan tidak lansung ada kena mengena dengan bidang pengajian yang mereka pelajari dulu..

kalau ada pun niat mereka yang telah grad dan ingin bekerja dengan pekerjaan yang ada kena mengena dengan pengajian mereka itu adalah niat yang sangat saya respect..
saya kagum..sekurangnya kamu berjaya menyambung ilmu kamu sehingga ke nokhtah nya..
tapi jika sebalik nya hanya sekadar untuk dapatkan title kertas itu sahaja alangkah ruginya kamu menghabiskan sisa kehidupan kamu mempelajari sesuatu yang kamu rasakan tidak bermakna dalam kehidupan kamu kelak..

saya melihat ramai juga di kalangan kawan saya yang sudah habis pengajian mereka mengambil jalan singkat bekerja sebagai seorang guru..
saya bukan mahu mengkritik pekerjaan sebagai seorang guru ini..
cuba kamu bayangkan jika ke semua siswazah kita yang mempunyai pemikiran sedemikian yang saya katakan tadi hanya untuk mendapatkan sehelai kertas dan akhirnya menemui jalan mudah dan menjadikan profession guru sebagai kerjaya adakah mereka benar-benar mempunyai kualiti sebagai seorang guru?..
bagaimana pula dengan siswazah yang sememangnya belajar pendidikan?
di manakah tempat mereka di sekolah nanti?

kamu jangan fikir pula saya ini adalah guru yang tidak mendapat tempat..
eh! kamu silap..tidak ada kena mengena lansung dengan bahagian pendidikan ni..hehe
cuma saya nak betul kan sahaja keadaan dan mahu kamu sedar kegunaan Ijazah kamu...
sepatutnya kamu sudah merancang kerjaya kamu sebelum kamu apply untuk belajar..
tapi kalau itu sudah kerjaya / rezeki kamu siapalah saya untuk menidakkan nya..
ini semua ketentuan dari NYA..
tapi kalau kamu mempunyai niat IKHLAS pasti kamu temui kerjaya kamu..
tapi jika tidak, kamu jangan merungut mengapa kamu tidak temui kerjaya tetap yang selesa..

Wednesday, June 9, 2010

Petua Cantik

Ok! memang pg tadi sy tersangat lah geram nyer..
tapi, bila asyik sangat di fikirkan satu kerja pun tak jadi ape..
biarkan lah..malas sungguh nak fikir kan perkara yang sangat meremehkan..
lumrah kehidupan..ada yg baik ade yang kurang baik..
aish~ sy pun bukan lah baik mana pun...
ok tutup cerita tadi..

tadi ade la seorang yg pangkat adik bertanya..
aih, umur pun kurang setahun je dr sy..
die tanya "kak, pakai ape kulit nmpk berseri je..putih?"
malas nyer sy nk menjawab (dalam hati, selama ni aku gelap sgt ke woi..hehe)..
jawab pun nk tak nak je la - sebab bila menjawab pertanyaan mcm tu msti ada yg mengatakan ah! xpercaya lah, mesti guna produk mahal ni kan?
ye anis, akak basuh muka dengan air basuhan beras tu jer..
kau tak pernah tengok cerita nenek kebayan ke?
kan ade Diana Rafar bagi petua kat cerita tuh...
mesti kau takot nak tengok kan?..hehe


memang serius sy basuh muka dengan air basuhan beras..
kamu akan dapat rasakan kulit kamu tegang dan licin je bila menyentuh..
tak percaya?
cuba lah :)

Geram nyer!

Cakap depan la..
kalau tak puas hati datang la jumpa depan-depan!!



Tak faham betol la dengan segelintir orang yg suka sangat berdengki..
aduh! tolong lah..
jangan la berfikiran kolot makcik-makcik sekalian..
runsing la bekerja dengan banyak makcik2 sebegini...

Tuesday, June 8, 2010

Lagenda Budak Setan



Pernah dengar tentang Lagenda Budak Setan?
pada peminat novel LBS, mungkin kamu sudah tahu isi cerita LBS ini kan?
menghabiskan masa-masa terluang kamu selama seminggu atau mungkin lebih kerana helaian buku ini amatlah tebal..

Bagi saya, saya mengenal dunia novel cinta sejak dari Tingkatan 2 lagi..
dan novel pertama yang saya baca ialah LBS..
Kami (5 orang) telah mengumpulkan wang semata hanya untuk membeli sebuah buku LBS ini..
tengok lah betapa hebatnye penangan novel cinta ini sampaikan kami terpaksa mengumpul wang bersama untuk membeli hanya kerana sebuah buku!..
Ye la, hendak membeli sebuah buku LBS itu pada usia 14 tahun mungkin agak tidak mampu bagi kami yang masih belajar, jadi kami decide nak share duit beramai..
dan sebelum membeli kami sudah pun membuat undian siapakah yang akan baca dahulu...
kasihan orang yg last..hehehe..(yg pasti bukan saya yg last.hehe)

Ok! da habis part membaca novel..
Oh! sememangnya isi novel ini begitu mengujakan..
Sedih sangat..pada yg sudah baca kamu mesti tahu perasaan bile membaca nya kan? -malas nk membebel lg ttg cerita ni..
OK timbul lak LBS filem..lakonan Farid Kamil-Kasyah, Lisa Suriani - Ayu, Que Haidar - Azmi dan Fazura - Katerina.
Barisan pelakon yg mantap..harap lakonan pun mantaplah..

Sy sudah pun tengok filem ini...
erm, pd sy ia tidak lah sehebat penceritaan dpd novel..
entah, mungkin sy xfeel..korang?
tapi dalam banyak2 part sy suke part bile mana Ayu telah pun meninngal dunia sambil Kasyah memangku ank perempuan nya yg comel..
oh! serius aku mmg menangis time ini...
Sedih siot bila mana kamu mencintai seseorang separuh mati tiba2 meninggalkan selamanya kamu kerana untuk melahirkan zuriat kamu?
kamu sanggup terima keadaan ini?sanggup?

ook sudah! sy pun malas nk meleret memanjang..
pada peminat Novel LBS jika kamu mahu tahu kehebatan filem ini pergilah menonton ke panggung kamu..
Nanti kamu kongsi perasaan kamu ya!

Entri Pertama

Bukan kali pertama...
ya! saya pernah create blog dahulu..
tapi entah mengapa sy merasakan ia nya bukan keperluan bagi sy..
oleh itu sy dah pun delete blog dlu..
kawan2, sorry sgt2...bkn mahu meninggalkan kamu cuma kehidupan yg agak merunsingkan dan mensibukkan..hehe

okey! sy da kembali..
kamu sudi nk bc? hehe