Wednesday, July 21, 2010

24 dah?

Rase macam baru semalam jer aku melalui zaman kanak-kanak..
men masak - masak, men kawen - kawen, bertepuk tampar ngn kawan, bergadoh pasal berebutkan pemain bola sepak perak Khalid Jamlus, - haish sudah! aku malas nak imbau kenangan silam...
senang cerita aku mahu saja balik zaman aku kecik dulu...
kalau doraemon tu memang wujud, nak saja aku pinjam mesin masa dier...
aku nak balik zaman budak - budak & tak mahu meningkat naik umur dah...
mahu jadi budak selamanya..
best kan?


*besar giler 24 tuh! huh..


kelmarin genap dah umur aku 24..
18 julai 1986 aku dilahirkan...
kejap jer rase...
macam tak percaya lak umur aku dah 24..
orang kata kalau perempuan umur 24 ni memang dah patut kena kahwin dah...
naik rimas pulak aku bila orang asyik sangat suruh aku kahwin cepat!
rilex la weh!
umur aku je dah 24...
tapi jiwa aku masih muda remaja lagi tau...
sebab tu kalau orang duk sebok suruh aku kahwin cepat aku wat rilex jerk..
malas layan!huhu...

manusia ni memang la, bila dah tak ada benda nak tanya macam dah tak ada soalan lain jer nak tanya kan?...
selalunya macam ni la..

kes 1 :- bila perempuan tu tak kahwin - " hepi birthday, semoga cepat kahwin"

kes 2 :- bila dah kahwin - "hepi birthday, cepat-cepat dapat anak ye!"

kes 3 :- sesudah lama berkawin - "semoga cepat dapat cucu!" (selalunya bila dah tahap begini orang pun dah tatau nak cakap apa lagi)

cuba korang tukar sikit soalan...
tak jemu kah di tanya soalan yg sama setiap kali tahun kelahiran kamu?
bosan kot...

kes 1 :- "rilex, xpayah kahwin awal umur masih muda..kita enjoy dulu!" - senyum kamu selebar dunia & tak payah nak sedih2 bila tahu kamu dah semakin tua..tak payah nak risau kedutan di muka..tak perlu juga nak sibuk register menjadi ahli tetap saloon kecantikan..

kes 2:- "laki kau tak nak kahwin lagi 1 ke?" - kawan perempuan kau yang dah kahwin mesti dia hangat punggung punya lah bila dia sudah tahu yang dia semakin tua dan perlu untuk mendapatkan rawatan kecantikan supaya laki dia tak cari perempuan lain.sure kawan kau pasang body punya lah! mengalahkan ank dara..wow! teruja teruna kat luar sana! laki kau jugak yang bangga kan punya isteri secantik fasha sandha..(cantik ke?)

kes 3 :- " semoga cepat g umrah @ haji " - jarang sekali aku mendengar orang berdoa sedemikian pada sahabat mahupun saudara sendiri...mungkin aku tak peka atau mungkin tak ada? ada tak korang dengar? kalau ada pun sangat lah jarang kan? tak semua orang mendoakan kebahagiaan & kebaikan..kenapa? ntah! tanya diri sendri




kepada kawan-kawan,terima kasih lah sebab sudah mendoakan aku...
tak kiralah kau doa apa sekali pun ucapan syukur alhamdulillah...
sekurang nya aku ni masih istimewa buat kamu sebab kamu mengingati hari istimewa setiap tahunku...
terima kasih sahabat...
aku sayang kamu..
muaahhhxx..

No comments:

Post a Comment