Saturday, June 26, 2010

CIMB

Salam..

Bila bercakap pasal CIMB ni rasanya korang pernah kan tengok CIMB ni..kan?
kat tempat korang ada tak?
kat ipoh ni rasanya boleh di bilang je dengan jari..berapa sangat lah CIMB kat ipoh nih...
tak macam Maybank, selang 2km mesti ada je Maybank kat ipoh nih...
terlalu banyak, tapi service ntah macam hape jer!
tak tahu lah kenapa CIMB ni tak banyak branch...
kepada Director CIMB please la do something yang boleh bank korang setanding macam Maybank yang selang nya 2km jarak nya..
so kalau boleh wat la CIMB selang 1km ker..hahaha! -merepek-

Dulu saya pernah juga secara tidak lansung terlibat juga dalam bidang per'bank'kan nih..saya pernah bekerja dengan salah sebuah syarikat swasta yang merupakan agen kepada sesebuah bank yang mana hanya fokus kepada credit card market sahaja..
teringat pula pada ex-boss saya seorang lelaki punjabi (Mr.H) yang selalau sangat wat lawak pasal CIMB dia tu...sampaikan rasanya dah muak lah dengan lawak tu..
tapi tu la senjata utama dia nak tarik customer untuk apply credit card..
kalau dia turun padang habis la kami ni makan asap la jawabnya...dapat telur je la hari tu..

korang tahu tak makna CIMB tu?
haha..bukan CIMB bank tu la..cepat - cepat kaurang buka wikipedia maksud yea?hehehe
hey! bukan itu lah..CIMB tu kalau mengikut kamus lawak Mr.H ni ialah Cina India Melayu Banggali..
so, bila dah kena selit lawak CIMB ni customer tak ragu - ragu lah nak apply..
seumpama mereka ni macam dah terpesong sikit akidah mereka bila cerita pasal CIMB...
confirm sign up la..hehe


tempat keje saya sekarang ni majoriti nya adalah M...
kalau tempat keje dahulu, memang CIMB betul lah..
banyak parti ada..ada PAS, MCA, MIC la macam - macam.
macam Najib kata la 1 Malaysia..
memang best sangat bekerja CIMB nih..
banyak pengalaman & persekitaran hidup boleh belajar...
lain lah macam sekarang nih yang semuanya dikelilingi M..
kalau nak nampak I atau C atau B memang lah sangat kurang...
M ni pulak kebanyakan nya kelulusan PhD...
tak boleh tengok orang lain naik sikit mula lah..
ada saja cerita yang tak enak timbul..
lain hal nya dengan CIMB...
kalau kau jatuh mereka akan tolong hulurkan tangan untuk kau bangun..
sifat permufakatan tu sangat jelas!

mungkin ada juga yang tak berapa nak setuju kan?
suka hati korang lah..
mana yang pernah bercampur dengan CIMB ni korang tahu kan macam mana persekitaran kerja?
tapi pada saya lah saya lebih suka bekerja CIMB...
majmuk! 1 Malaysia lah katakan..
orang PhD pun tak ada tau!
kalau ada pun PhD yang secara sihat!
semangat persaingan yang sangat tinggi...
sentiasa berlumba-lumba mahukan yang terbaik..
macam tu lah baru di katakan kerja..
bukannya dengan hanya berpeluk tubuh melihat kejayaan orang lain dan mereka cerita yang bukan-bukan...
geram kan bila ada orang lain cuba nak menjatuh kan kita kan?
pada saya, lantak lah mereka nak fikir kan apa pasal saya,
janji saya tak kacau hidup mereka dan buat kerja saya dengan sebaik nya sudah!
bukannya mereka yang bayar gaji saya!
so get lost loser..mereka ni hanya lah loser yang tak boleh tengok kejayaan orang lain..
blaahhh!

nota kaki : bila lah kita nak maju kalau kita masih ada sifat sebigini?

No comments:

Post a Comment