Tuesday, June 22, 2010

Relevan Kah?

Masih ada lagi orang yang mencari jodoh dari risikan orang tua..
relevan kah?

contoh nya macam ni..
kau ni tak kira lah laki atau perempuan yang mungkin umur kau dah sepatutnya mendirikan rumah tangga tapi sampai sekarang tak ada petunjuk lagi yang kau akan tamat kan zaman bujang kau..
jangan kan nak kahwin, sedangkan pasangan kau pun tak ada...
bila umur pun dah semakin lanjut, mula lah ibu bapa kau menggelabah bila la anak aku ni nak kahwin..terutama pada ibu kan?
mereka lah yang lebih risau tentang kau...
padahal kau wat selumber taik jer...



haaa...ada sesiapa tak yang dalam sitasi ini?
mesti ada kan?
sudah kau jangan nak tipu!.
mengaku sajalah..

hukhuk..saya memang pun dalam situasi macam ni..
eh hello! kau jangan pikir saya anak dara tua pula yer..
bak kata wali band "ku tak laku-laku"..
eh! silap "ku tak mahu-mahu" - sesuka saya je nak ubah lirik kan?
haha..tak ada makna dalam kamus hidup saya...
cuma saya je yang tak nak..

hey! saya masih 24 tahun okey!
still masih muda (cewah! muda ke?padahal kawan sebaya kau sume dah kahwin dan beranak sudah T T) - ala biarlah dah rezeki dorang kahwin awal (alasan loser)
oh tidak!

ok berbalik pada tajuk, relevan ke tak kalau kaurang nak bersatu hati dengan seseorang yang kaurang tak kenal?yang kaurang tak kenal hati budi nya..yang kaurang rasa macam boleh ke nak suke / sayang dia nih macam kaurang sayang pada ex kaurang?haaa jawab ler? - sudah tentu la bagi saya tidak!
nape plak cik terompah merah? - sebab nyer saya tak kenal dia dan saya rasa macam saya tak boleh nak sayang dia..tapi kasihan kan dia?
kenapa pula nak kasihan? - sebab dia sayang saya kot...maybe..errr??entah!

alaaa...macam susah jer bagi saya untuk semua ni..
saya dah cuba untuk mengenali dia - kami masih lagi dalam proses perkenalan
macam susah jer saya nak terima dia...
ke saya masih lagi sayang kat ex saya??
eh-eh ape nih?janji kata nak lupa kisah lama kan? - ngeeee..maaf!

untuk kaurang, ada tak tips untuk saya?
pada yang dah kahwin hasil daripada usaha penyatuan orang tua macam mana la ye?
orang tua kata bercinta selepas kahwin lagi nikmat daripada bercinta sebelum nya..
betul kah?
jom kongsi sikit..mana tahu saya boleh adaptasi daripada pengalaman kaurang...hehehe :)

No comments:

Post a Comment