Thursday, June 10, 2010

Untuk Apa Segulung Ijazah?

Semalam, saya melepak dengan kawan-kawan sekolah yang dah lama tak jumpa..
hampir 5 tahun kot dah tak jumpa..
pelbagai cerita lama & baru yang mahu di gosipkan bersama..
biasalah, bila berjumpa dengan rakan yang sekepala pasti banyak cerita mahu di kongsikan..
apatah lagi menyingkap semula cerita sewaktu alam persekolahan..
memang seronok kan?

tapi bukan itu yang hendak saya bicarakan dalam entri ini..
bila sudah berkumpul ramai ni ada juga la pertanyaan 'eh! kau dulu amek course ape eh?'
'aku amek course bla..bla..bla..'
'erk! tp kau kan kerja.....?'
'aku sekadar mahu dapatkan kertas itu sahaja.supaya aku dapat gred gaji tinggi..haha'
diam hati aku mendengar...

saya tidak menafikan sehelai kertas itu lah yang membawa kepada kejayaan pada karier kamu kelak..
tapi mengapa ada siswazah yang belajar dengan hanya mempunyai niat hanya target untuk dapatkan sehelai kertas itu..
dengan harapan akan dapat kertas itu dan kemudian mencari pekerjaan yang mungkin senang untuk mereka dapat dan seterusnya pekerjaan yang mereka lakukan tidak lansung ada kena mengena dengan bidang pengajian yang mereka pelajari dulu..

kalau ada pun niat mereka yang telah grad dan ingin bekerja dengan pekerjaan yang ada kena mengena dengan pengajian mereka itu adalah niat yang sangat saya respect..
saya kagum..sekurangnya kamu berjaya menyambung ilmu kamu sehingga ke nokhtah nya..
tapi jika sebalik nya hanya sekadar untuk dapatkan title kertas itu sahaja alangkah ruginya kamu menghabiskan sisa kehidupan kamu mempelajari sesuatu yang kamu rasakan tidak bermakna dalam kehidupan kamu kelak..

saya melihat ramai juga di kalangan kawan saya yang sudah habis pengajian mereka mengambil jalan singkat bekerja sebagai seorang guru..
saya bukan mahu mengkritik pekerjaan sebagai seorang guru ini..
cuba kamu bayangkan jika ke semua siswazah kita yang mempunyai pemikiran sedemikian yang saya katakan tadi hanya untuk mendapatkan sehelai kertas dan akhirnya menemui jalan mudah dan menjadikan profession guru sebagai kerjaya adakah mereka benar-benar mempunyai kualiti sebagai seorang guru?..
bagaimana pula dengan siswazah yang sememangnya belajar pendidikan?
di manakah tempat mereka di sekolah nanti?

kamu jangan fikir pula saya ini adalah guru yang tidak mendapat tempat..
eh! kamu silap..tidak ada kena mengena lansung dengan bahagian pendidikan ni..hehe
cuma saya nak betul kan sahaja keadaan dan mahu kamu sedar kegunaan Ijazah kamu...
sepatutnya kamu sudah merancang kerjaya kamu sebelum kamu apply untuk belajar..
tapi kalau itu sudah kerjaya / rezeki kamu siapalah saya untuk menidakkan nya..
ini semua ketentuan dari NYA..
tapi kalau kamu mempunyai niat IKHLAS pasti kamu temui kerjaya kamu..
tapi jika tidak, kamu jangan merungut mengapa kamu tidak temui kerjaya tetap yang selesa..

No comments:

Post a Comment