Tuesday, June 8, 2010

Lagenda Budak Setan



Pernah dengar tentang Lagenda Budak Setan?
pada peminat novel LBS, mungkin kamu sudah tahu isi cerita LBS ini kan?
menghabiskan masa-masa terluang kamu selama seminggu atau mungkin lebih kerana helaian buku ini amatlah tebal..

Bagi saya, saya mengenal dunia novel cinta sejak dari Tingkatan 2 lagi..
dan novel pertama yang saya baca ialah LBS..
Kami (5 orang) telah mengumpulkan wang semata hanya untuk membeli sebuah buku LBS ini..
tengok lah betapa hebatnye penangan novel cinta ini sampaikan kami terpaksa mengumpul wang bersama untuk membeli hanya kerana sebuah buku!..
Ye la, hendak membeli sebuah buku LBS itu pada usia 14 tahun mungkin agak tidak mampu bagi kami yang masih belajar, jadi kami decide nak share duit beramai..
dan sebelum membeli kami sudah pun membuat undian siapakah yang akan baca dahulu...
kasihan orang yg last..hehehe..(yg pasti bukan saya yg last.hehe)

Ok! da habis part membaca novel..
Oh! sememangnya isi novel ini begitu mengujakan..
Sedih sangat..pada yg sudah baca kamu mesti tahu perasaan bile membaca nya kan? -malas nk membebel lg ttg cerita ni..
OK timbul lak LBS filem..lakonan Farid Kamil-Kasyah, Lisa Suriani - Ayu, Que Haidar - Azmi dan Fazura - Katerina.
Barisan pelakon yg mantap..harap lakonan pun mantaplah..

Sy sudah pun tengok filem ini...
erm, pd sy ia tidak lah sehebat penceritaan dpd novel..
entah, mungkin sy xfeel..korang?
tapi dalam banyak2 part sy suke part bile mana Ayu telah pun meninngal dunia sambil Kasyah memangku ank perempuan nya yg comel..
oh! serius aku mmg menangis time ini...
Sedih siot bila mana kamu mencintai seseorang separuh mati tiba2 meninggalkan selamanya kamu kerana untuk melahirkan zuriat kamu?
kamu sanggup terima keadaan ini?sanggup?

ook sudah! sy pun malas nk meleret memanjang..
pada peminat Novel LBS jika kamu mahu tahu kehebatan filem ini pergilah menonton ke panggung kamu..
Nanti kamu kongsi perasaan kamu ya!

No comments:

Post a Comment